Institusi tempatan kekal pembeli bersih ekuiti Malaysia

2024-12-02    HaiPress

Institusi tempatan terus menjadi pembeli bersih ekuiti Malaysia minggu lalu dengan belian bersih sebanyak RM207.7 juta / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,2 Disember – Institusi tempatan terus menjadi pembeli bersih ekuiti Malaysia minggu lalu dengan belian bersih sebanyak RM207.7 juta,meskipun lebih rendah berbanding RM250.6 juta yang dicatatkan minggu sebelumnya.

Menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF),pelabur runcit tempatan turut mencatat belian bersih sebanyak RM52.1 juta untuk minggu yang sama.

Namun,pelabur asing meneruskan jualan bersih dengan aliran keluar berjumlah RM259.8 juta.

Tiga sektor utama yang mencatat aliran masuk bersih asing ialah perladangan,penjagaan kesihatan,dan hartanah.

Sebaliknya,sektor pengangkutan dan logistik,utiliti,serta produk dan perkhidmatan pengguna menjadi sektor dengan aliran keluar bersih tertinggi.

Purata volum dagangan harian turut menunjukkan penurunan bagi semua kategori pelabur.

Pelabur asing susut sebanyak 8.8 peratus sementara pelabur institusi tempatan dan runcit tempatan menyaksikan penurunan masing-masing sebanyak 3.1 dan 3.3 peratus.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap