Khazanah, PNB laksana langkah penambahbaikan, fokus tatakelola

2024-12-02    HaiPress

Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan / Foto RTM

KUALA LUMPUR,2 Disember – Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) terus melaksanakan langkah penambahbaikan bagi mengelakkan isu ketirisan tatakelola,dengan memperkenalkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan kecekapan dan ketelusan dalam pengurusan kewangan.

Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata penggubalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 melalui Akta 850 turut dipergiat sebagai usaha untuk meningkatkan disiplin fiskal dalam memperkukuhkan kedudukan kewangan negara serta kestabilan makroekonomi.

Jelasnya,berdasarkan pengalaman kerugian yang dialami oleh FashionValet,Khazanah dan PNB kini mengiktiraf pelaburan dalam modal teroka sebagai satu portfolio yang dinilai berdasarkan prestasi keseluruhan portfolio,bukannya pelaburan individu.

“Mengambil iktibar daripada kerugian FashionValet,Khazanah dan PNB terus peka terhadap risiko dalam landskap pelaburan pemula yang dinamik,dan akan memastikan pengurusan risiko yang efektif,dengan prinsip kebertanggungjawaban dalam proses pelaburan melalui penilaian terperinci dan ketekunan wajar (due diligence),” katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Noraini Idris di Dewan Negara,di sini.

Tambah Amir Hamzah,langkah-langkah pembaharuan lain turut dilaksana bagi meningkatkan kecekapan perbelanjaan dan memastikan pelaburan memberi nilai faedah terbaik.

Ini termasuk pengenalan garis panduan mengenai pengurusan dan tatakelola Badan Berkanun Persekutuan (BBP),penambahbaikan kerjasama awam-swasta (PPP),serta pindaan Akta Audit 1957 dan penggubalan akta baharu.

"Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLIC) tetap komited untuk terus melabur dalam syarikat tempatan berpotensi tinggi bagi memastikan mereka mampu bersaing di peringkat global," katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap