Ujian Bertutur Bahasa Melayu SPM di Kedah, lancar

2024-12-02    HaiPress

Datuk Ruji Ubi

ALOR SETAR,2 Disember- Ujian bertutur Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 melibatkan 28,953 calon di Kedah termasuk 532 calon terjejas banjir,berjalan lancar.

Ketua Setiausaha(KSU)Kementerian PendidikanMalaysia (KPM) Datuk Ruji Ubi berkata,seramai 188 calon SPM terjejas banjirdi negeri itu ditempatkan di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (SMKAK) manakala bakinya berada di rumah saudara masing-masing.

"Yang terkesan 532 orang,namun lebih7,000 menduduki ujian lisan Bahasa Melayu pada sebelah pagi dan petang. Alhamdulillah hari ini kesemuanya menduduki peperiksaan di 264 pusat peperiksaan di 204 sekolah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepasmeninjau pelaksanaan Ujian bertutur BahasaMelayu di SMK Tunku Malik di sini.

Terdahulu beliau turut meninjau SMKAK,SMK Alor Janggus dan SMK Seri Gunong.

KPM menempatkan calon-calon SPM di asrama dan pusat peperiksaan ditetapkan bagi memudahkan calon menduduki peperiksaan itu dengan selesa dan selamat.

Ia berikutan lokasi berkenaan dilengkapi dengan kemudahan asas,bahan pembelajaran,alat tulis,dan kelengkapan lain diperlukan termasuk guru kaunseling dan guru dari sekolah terjejas banjir.

Dalam pada itu sekiranya banjir berlaku sehinggatempoh ujian bertulis yang bermula awal Januari hingga Februari,KPM bersedia untuk memindahkan calon ke asrama SMKAK yang mampu menempatkan sehingga 800 pelajar.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap