Hyundai Motor labur AS$479 juta di Malaysia

2024-11-26    HaiPress

Foto AFP

SEOUL,26 November - Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan untuk melabur hampir US$480 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025 bagi meningkatkan kapasiti pengeluarannya di negara Asia Tenggara itu,lapor Agensi Berita Yonhap.

Pengeluar kereta dari Korea Selatan itu memaklumkan pihaknya akan bekerjasama dengan syarikat tempatan,Inokom Corporation Sdn Bhd untuk menaik taraf kilang pemasangan complete knockdown (CKD) unit yang kini menghasilkan model kenderaan utiliti lasak (SUV) Santa Fe generasi lama.

Kilang CKD yang dinaik taraf itu dijadual memulakan pengeluaran kenderaan pelbagai guna (MPV) dan minivan Staria keluaran Hyundai menjelang pertengahan 2025,dengan rancangan untuk memperluaskan rangkaian termasuk SUV bersaiz sederhana hingga besar.

Hyundai memaklumkan bahawa skala pengeluaran akan bermula dengan 20,000 unit setahun,dan rancangan pengembangan secara berperingkat.

Kenderaan yang dihasilkan di kemudahan terbabit dijangka dipasarkan di Malaysia dan negara Asia Tenggara lain.

Selain itu,Hyundai menegaskan komitmennya untuk menyokong pembangunan ekosistem kenderaan elektrik (EV) di Malaysia,termasuk memperluas jualan EV,membangunkan infrastruktur pengecasan dan menubuhkan kemudahan pengeluaran bateri.

“Kami membuat keputusan pelaburan ini berdasarkan kepentingan yang semakin meningkat bagi Asia Tenggara dan pasaran Malaysia.

“Kami juga berhasrat untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di rantau ini melalui penciptaan peluang pekerjaan serta pembangunan bakat tempatan,” menurut Hyundai. -BERNAMA-YONHAP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap