Foto hiasan
KUALA LUMPUR,26 November- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM31.23 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.20 bilion dalam dana Islam.
Hari ini,bank pusat akan menjalankan satu tender repo berbalik bernilai RM2 bilion untuk tujuh hari bersama tender repo berbalik Islam bernilai RM250 juta bagi tempoh yang sama.
Dalam pada itu,bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM33.2 bilion dan RM19.5 bilion untuk tender semalaman Murabahah.- BERNAMA