FOTO JBPM LABUAN
LABUAN,14 November- Dua buah rumah dan enam kenderaan terbakar dalam satu insiden di Jalan Rancha-Rancha di sini,awal pagi tadi,mengakibatkan dua lelaki cedera.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan Abd Rahman Ali memaklumkan kejadian berlaku sekitar pukul 2.30 pagi.
Sebaik tiba di lokasi,pasukan bomba mendapati sebuah rumah berukuran 15 x 20 kaki telah musnah sepenuhnya,manakala sebuah lagi rumah berukuran 15 x 30 kaki terbakar 90 peratus.
Sebuah kereta sedan turut hangus,sementara lima kenderaan lain mengalami kebakaran sebanyak 20 peratus.
Dua lelaki tempatan,masing-masing berusia 20 dan 38 tahun mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan.
Kebakaran dapat dikawal dalam tempoh 40 minit dan operasi tamat sepenuhnya pada 4.27 pagi.