Pengendali media sosial perlu responsif, sekat laman tidak beretika

2024-11-11    HaiPress

Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR,11 November- Pengendalian media sosial perlu lebih responsif dalam menyekat sebarang halaman yang tidak beretika.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata,pengendali hanya melakukan tindakan apabila terdapat aduan daripada sesuatu kes sahaja.

Perkara itu susulan jenayah seksual kanak-kanak di Facebook telah tular di platfom X.

"Saya percaya sekarang Meta telah menurunkan halaman tersebut tetapi Meta tidak proaktif kerana hanya mengambil tindakan setelah perkara itu dibangkitkan. Sepatutnya Meta telah bertindak lebih awal.

"Ini antara sebab kenapa kita mahu platform media sosial di lesenkan. Pada 2023,Facebook memperoleh pendapatan kira-kira RM2.5 bilion. Jadi dengan pendapatan tersebut sepatutnya ada saringan automatik yang boleh memantau perkara seperti ini di platform media sosialnya," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Carian Antarabangsa Ke-8: 'Evolusi Media-Mengemudi Kelestarian dan Gangguan dalam Dunia Dinamik' di ibu negara.

Dalam pada itu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berhubung dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mendapatkan bantuan teknikal bagi menangani isu berkenaan.

Fahmi turut menekankan bahawa langkah melesenkan Perkhidmatan Aplikasi bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 adalah tindakan tepat.

Persidangan selama dua hari itu bertujuan memupuk kerjasama,inovasi dan pertukaran pengetahuan dalam kajian media oleh kemajuan teknologi,perubahan tabiat pengguna dan permintaan dalam landskap media.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap