ATM siasat dakwaan pegawai UPNM dibuli & dera oleh senior

2024-10-31    HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,31 Oktober- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa kes seorang pegawai kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK),Universiti Pertahanan Nasional (UPNM),Sungai Besi yang dipercayai menjadi mangsa buli dan dera oleh seorang penuntut senior kini sedang dalam siasatan.

ATM menerusi kenyataan menegaskan bahawa siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci dan tidak akan melindungi serta berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan kes tersebut.

"ATM mengambil maklum berkenaan laporan yang tular di media alternatif dan media sosial mengenai insiden seorang Pegawai ALK–UPNM yang disyaki dibuli dan didera oleh seorang ‘senior’nya menggunakan seterika yang ditekap di bahagian dada Pegawai Kadet tersebut sehingga meninggalkan kesan lecur",kata ATM menerusi kenyataan.

Tindakan disiplin yang keras mahupun tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pihak yang terlibat jika terbukti bersalah.

Dalam pada itu,ATM juga menggesa agar masyarakat memberi ruang kepada ATM menyiasat perkara ini secara tuntas agar keadilan dapat diberikan sepenuhnya kepada pihak yang teraniaya.

Selain itu,masyarakat juga diseru agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu kepada proses siasatan tersebut.

"Segala perkembangan hasil siasatan akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa",katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap