Pemaju digalak pasang panel solar dalam projek perumahan baharu

2024-10-28    HaiPress

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR,28 Oktober- Pemaju perumahan digalakkan memasang panel solar pada bumbung dalam projek perumahan baharu.


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata setakat ini,inisiatif itu diambil oleh Sime Darby Property Bhd bagi projek rintis solar bumbung dalam pembangunan hartanah syarikat tersebut.


Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata,melihat kepada hasilnya kelak,ia boleh menjadi dasar untuk dipraktikkan di seluruh negara.

"Ini salah satu pendekatan kita untuk meletakkan solar di bumbung dan akhirnya mereka akan membekalkan kembali kepada grid dan hasilan itu akan dikongsi termasuk biayai kepada pemilik-pemilik rumah. Itu yang untuk perumahan-perumahan baharu dilaksanakan",katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.


Beliau berkata,bagi golongan B40,peruntukan khusus bagi pemasangan panel solar tidak disediakan kerana mereka mendapat rebat elektrik disediakan kerajaan.


Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai inisiatif menggalakkan pemasangan panel solar pada bumbung dalam projek perumahan.


Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap