Pelarasan gaji minimum harus sepadan dengan kos sara hidup

2024-10-20    HaiPress

Pengerusi Lembaga Pengarah Mahsuri Medical Centre (MMC),Datuk Seri Azizul Tandek (Tengah duduk) bersama kakitangan pekerjanya

ALOR SETAR,20 Oktober - Pelarasan kadar gaji minimum di bawah Belanjawan 2025 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen,Jumaat lalu akan memberi nafas baharu kepada para pekerja.

Pengerusi Lembaga Pengarah Mahsuri Medical Centre (MMC),Datuk Seri Azizul Tandek,menerusi penyelarasan gaji itu harus seiring dengan nilai dan angka serta kualiti kerja yang perlu diberikan oleh para pekerja.

Menurut Azizul,kliniknya juga telah menyelaraskan gaji pekerja amnya kepada RM1,700 sebulan.


Manakala gaji pokok bagi jawatan lain di pusat perubatan itu bermula dari RM1,800 hingga RM2,500 sebulan.

"Penyelarasan gaji minimum bukan hanya soal menaikkan jumlah gaji pokok kepada RM1,700,tetapi juga memastikan bahawa nilai sebenar gaji tersebut sepadan dengan kos sara hidup dan kualiti hidup pekerja.

"Kerajaan juga perlu memastikan penguatkuasaan yang ketat bagi mengekang kebocoran ekonomi,penyalahgunaan kuasa,dan rasuah. Kami bimbang sekiranya penyelarasan ini tidak dipantau dengan baik,ramai pihak yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan.

"...dan akhirnya,penyelarasan gaji pokok RM1,700 ini tidak akan memberi impak yang sewajarnya kepada mereka yang memerlukan," katanya ketika ditemui RTM.

Pada pembentangan Belanjawan 2025,kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,berkuat kuasa 1 Februari 2025.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap