ASA 2024: persembah Orkestra Rentak RTM, suntik elemen digital

2024-10-15    HaiPress

Yang Faizatul Zainal Abidin pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia

ANGKASAPURI KOTA MEDIA,15 Oktober- Debaran kian terasa,malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 bakal membuka tirainya pada 26 Oktober ini di Dewan Perdana,Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya yang akan disiarkan di TV2.

Dengan tema 'Kilauan Prestij,Citra Kegemilangan',buat julung kalinya RTM bakal membawa kelainan dengan menampilkan persembahan penuh Orkestra Rentak RTM sepanjang malam penyampaian anugerah gilang-gemilang itu.

Penganjuran sebelum ini menyaksikan Anugerah Seri Angkasa diadakan dua hari berturut-turut,namun tahun ini berbeza apabila 22 kategori akan disampaikan pada malam kemuncak manakala,40 kategori lain akan disampaikan pada 22 Oktober secara rakaman di TV2.

Menurut Penerbitnya,Yang Faizatul Zainal Abidin,susun atur penggunaan dan konsep pentas dibincang secara rapi bagi memastikan 'look and feel' berdasarkan konsep ditetapkan benar-benar menyentuh jiwa penonton.

"Kita sudah sedia maklum Anugerah Seri Angkasa merupakan sebuah program berkonsepkan penyampaian anugerah. Pada masa sama,kita nak tampilkan persembahan artis,konsert orkestra. Jadi dari segi penggunaan set pentas kita sudah bincangkan,bukan sekadar set award,juga 47 peace untuk award," jelasnya pada program Selamat Pagi Malaysia,di Angkasapuri Kota Media.

Menariknya lagi,barisan artis terkemuka tanah air bakal mendendangkan lagu-lagu menggamit nostalgia dengan susunan muzik yang malar segar.

"Selain itu,lagu-lagu bakal didendangkan akan memberi 'tribute' (penghormatan) kepada artis-artis terdahulu seperti Allahyarham Tan Sri. P Ramlee,Puan Sri. Saloma,Datuk Sudirman,dan Datuk Sharifah Aini.

"Ia akan disampaikan oleh Ziana Zain,Zamani,Ernie Zakri serta Aina Abdul," ujar Yang Faizatul.

Bukan itu sahaja,pasukan penerbitan Anugerah Seri Angkasa 2024 juga akan menyuntik elemen-elemen digital masa kini seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan Realiti Terimbuh (AR) untuk memastikan malam kemuncak itu 'meletup'!

Pemenang Anugerah Seri Angkasa 2024 bakal membawa pulang trofi dan wang tunai bernilai RM5,000.

Manakala,hadiah berupa sebuah kereta dan Habib Jewels menanti bagi pemenang kategori khas.

Anugerah Seri Angkasa 2024 anjuran Kementerian Komunikasi bertujuan memberi penghargaan kepada penggiat industri kreatif penyiaran tempatan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap