Sasar 400 kes dadah setiap 100,000 penduduk menjelang 2025

2024-09-22    berita.rtm.gov.my HaiPress

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah

KLUANG,22 September - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)menyasarkan untuk mengurangkan kes dadah kepada 400 kes bagi setiap 100,000 penduduk menjelang2025.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata,bagi mencapai sasaran itu kerjasama pelbagai pihak diperlukan terutamanya badan bukan kerajaan (NGO),pemimpin setempat dan masyarakat.

Beliau juga berkata AADK akan memperluaskan program bersama-sama masyarakat ke lebih banyak daerah dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap usaha mengurangkan kes penagihan dadah.

"Jadi untuk mencapai semua matlamat ini kita mengharapkan kerjasama daripada pelbagai pihak,baik daripada individu,NGO dan pemimpin di semua peringkat. Dan tanggungjawab ini kita tidak boleh letakkan 100 peratus kepada AADK sahaja.

"AADK sebagai agensi utama,sebab itu program kita sentiasa bersama-sama dengan kelompok dan peringkat kumpulan. Kita berkayakinan yang mana kita ada contoh peserta kita boleh pulih dan kita juga ada contoh,komuniti benar-benar bersungguhdalam soal ini," kata Shamsul Anuar.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Program AADK Santuni Komuniti di Kompleks Sukan Kampung Melayu,di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Ling Tian Soon.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap