Kontraktor diberi amaran siapkan menara telekomunikasi sebelum 31 Disember

2024-09-21    berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto BERNAMA

KULAI,21 September - Kementerian Komunikasi memberi tempoh masa kepada kontraktor dan penyedia perkhidmatan,sehingga 31 Disember,untuk memastikan Menara telekomunikasi yang telah siap didirikan,dapat beroperasi sepenuhnya.

Timbalan Menteri Komunikasi,Teo Nie Ching berkata,hanya 52 daripada 107 menara telekomunikasi yang telah dibina di Johor,sedang beroperasi pada ketika ini.

Pihak terlibat juga perlu mencari penyelesaian sementara untuk masalah yang dihadapi,bagi memastikan menara tersebut dapat beroperasi.

Antara isu dikenalpasti,adalah pihak berkuasa belum memberi kelulusan untuk pengoperasian Menara tersebut.

"Dan kita minta mereka bahawa kalau ikut pelan asas mungkin banyak yang perlu disambungkan kepada fiber tetapi kita katakan bahawa kalau menara dah siap kalau tak sempat nak disambungkan kepada fiber kerana fiber itu mungkin akan mengambil masa yang panjang untuk layout fiber".

"Sekurang-kurangnya sambungkan dengan microwave ataupun star link. Supaya kawasan penduduk di sana mereka nampak menara telah di dirikan dan mereka tidak persoalkan menara sudah ada tetapi kenapa internet tak ada Jadi arahan kami supaya cepatkan lagi.” katanya selepas mengadakan Lawatan Kerja ke Tapak Menara Telekomunikasi di Felda Inas,Kulai,Johor.

Menara Telekomunikasi yang telah beroperasi pada 31 Julai itu berjaya memberi liputan Internet kepada seribu 639 penduduk di sekitar kawasan Felda Inas.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap