Jambatan gantung rosak, lebih 1,000 penduduk berdepan bahaya

2024-09-19    berita.rtm.gov.my HaiPress

Keadaan jambatan gantung yang didakwa mengalami kerosakkan dan membahayakan penduduk setempat

GUA MUSANG,19 September – Lebih 1,000 penunggang motosikal yang menggunakan jambatan gantung Kampung Kerinting di Gua Musang,Kelantan,kini berdepan risiko kemalangan akibat kerosakan pada struktur jambatan tersebut.

Jambatan gantung itu merupakan laluan utama bagi penduduk menghantar anak ke sekolah dan menjalankan urusan harian ke bandar Gua Musang.

Tinjauan RTM mendapati,beberapa bahagian jambatan semakin uzur dengan dawai pagar tercabut dan lantai jambatan yang tidak seimbang,menyebabkan risiko tinggi kepada pengguna.

Menurut Wan Rohazaki Wan Zawawi,Pengerusi JKKP Mukim Kundur,jambatan ini merupakan laluan alternatif penting bagi lebih 10 kampung di kawasan tersebut sementara jambatan baru di Kampung Kerinting masih dalam pembinaan.

"Saya memohon pihak berwajib memantau dan membuat penambahbaikan segera kerana kemalangan telah berlaku dalam beberapa bulan yang lepas," katanya.

Penduduk Kampung Kerinting,Muhamad Ashraf Mohd Kamarudin,turut berkongsi tentang kesukaran yang dihadapi penduduk.

"Jambatan ini digunakan untuk menghantar anak ke sekolah,membeli barang dapur,dan kerja harian. Jika dua motosikal melintas,ia masih selamat,tetapi bila tiga,jambatan mulai bergoyang dan berbahaya," jelasnya.

Seorang lagi penduduk,Mohd Kamarudin Yaacob,menyatakan kebimbangannya terhadap keselamatan pengguna jambatan tersebut.

"Pagar tepi terbuka,dan pernah berlaku kemalangan melibatkan pelajar sekolah. Jambatan ini penting kerana ia laluan utama dari Kampung Kerinting,Kundur,dan Cabang Empat," katanya.

Sementara itu,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas,Mohd Syahbuddin Hashim,memaklumkan bahawa pihaknya telah mengambil maklum tentang masalah tersebut dan akan berbincang dengan agensi berkaitan untuk mengambil langkah segera bagi membaiki atau menaik taraf jambatan berkenaan.

Terdahulu,Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang memaklumkan bahawa laluan alternatif dari Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang ditutup sejak April lalu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Jambatan Kampung Kerinting yang baharu.

Laluan D238 ditutup kepada semua jenis kenderaan sehingga kerja pembinaan selesai.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap