Gempa bumi di Bandung: Tiada rakyat Malaysia terjejas

2024-09-19    berita.rtm.gov.my HaiPress

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR,19 September – Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam insiden gempa bumi yang melanda Bandung,Indonesia,semalam.

Bagaimanapun,pihak kementerian melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sedang memantau rapat keadaan di kawasan terlibat.

"Rakyat Malaysia yang berada di kawasan yang terjejas dan kawasan berdekatan dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan berhati-hati,serta mengikuti perkembangan terkini dan nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

"Rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar serta mengemas kini keberadaan dan maklumat mereka adalah amat digalakkan untuk berbuat sedemikian di https://ekonsular.kln.gov.my," menurut kenyataan itu pada Khamis.

Wisma Putra turut menasihati rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau maklumat lanjut supaya menghubungi Kedutaan Malaysia di Jakarta yang terletak di Jl. H.R. Rasuna Said Kav.X/6,No. 1-3,Kuningan,Jakarta


Selatan 12950 atau melalui panggilan telefon +62 21 522 4947 atau +62 813 8081 3036 atau menerusi e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap