LAKIL salur sumbangan kepada 36 masjid dan surau dun Tanjung Datu

2024-09-15    berita.rtm.gov.my HaiPress

Majlis penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau DUN Tanjung Datu disampaikan oleh Azizul Annuar Adenan

LUNDU,14 September- Sebanyak 36 masjid dan surau DUN Tanjong Datu terima sumbangan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Lundu,LAKIL.

Sumbangan berjumlah lebih RM76,000 tersebut disampaikan oleh ADUN Tanjong Datu,Azizul Annuar Adenan secara berperingkat bermula minggu lalu sehingga semalam.

Daripada jumlah tersebut,beliau telah menyerahkan sebanyak RM37,500 kepada masjid dan surau di Lundu sempena Majlis perasmian Karnival LAKIL di Lundu petang semalam.

Dalam majlis yang sama,LAKIL telah menerima sumbangan wakaf van jenazah yang bernilai RM131,195 daripada Yayasan OBYU yang telah disampaikan oleh Pengerusinya,Datuk Dr Hatta Solhi.

Dalam pada itu,Pengerusi LAKIL,Datuk Jamilah Anu menyeru masyarakat setempat untuk hadir ke Karnival LAKIL bermula semalam sehingga Isnin ini dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya Pertandingan Bilal Cilik,Pertandingan Zikir dan Marhaban,Maulid Fun Walk serta Pertandingan Sepanduk dan Perarakan Maulidur Rasul dengan penyertaan sebanyak 697 peserta merangkumi 33 Kontinjen.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap