634 pelajar cemerlang terima hadiah Yayasan Terengganu

2024-09-09    berita.rtm.gov.my HaiPress

Antara pelajar cemerlang yang menerima Pingat Emas Yayasan Terengganu hari ini

KUALA TERENGGANU – Seramai 634 pelajar anak Terengganu yang mencapai keputusan cemerlang di peringkat institusi pengajian tinggi telah menerima hadiah kecemerlangan daripada Yayasan Terengganu.

Empat daripada mereka dianugerahkan Pingat Emas Yayasan Terengganu,seorang menerima Anugerah Khas,manakala dua lagi menerima anugerah pelajar terbaik bagi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Dua penerima Anugerah Pingat Emas ialah penuntut dari Universiti Teknologi Petronas (UTP),masing-masing dalam bidang Sains Komputer dan Kejuruteraan Mekanikal.

Setiap penerima membawa pulang medal pingat emas dan wang tunai sebanyak RM4,000.

"Saya bersyukur dan sangat gembira kerana terpilih antara ramai pelajar untuk menerima anugerah ini. Ini pencapaian tertinggi saya setakat ini dengan keputusan 9A+ dalam SPM dan CGPA 3.96 dalam asasi," kata salah seorang penerima Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu,Nur Khalidah Adilah Mohammad.

Seorang lagi penerima,Wan Ahmad Syakir Alwi Wan Mohd Radzi,berkata,"Usaha adalah kunci kejayaan,dan setiap individu perlu mencari cara unik mereka sendiri untuk berjaya,walaupun mungkin bermula dengan mencontohi orang lain."

Hadiah disampaikan oleh Menteri Besar Terengganu,Dato’ Seri Ir Dr. Samsuri Mokhtar,dalam Majlis Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu 2023 yang diadakan buat kali ke-43.

Majlis itu turut menyaksikan penyampaian anugerah kecemerlangan kepada pelajar SPM,STPM,dan STAM.

Keseluruhan peruntukan bagi hadiah kecemerlangan tersebut berjumlah RM321,300.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap