RTM raih Anugerah Rancangan Radio Terbaik

2024-09-04    berita.rtm.gov.my HaiPress

Juruhebah AiFM Koo Shu Leen (kiri) menerima anugerah Rancangan Radio Terbaik yang disampaikan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil

PETALING JAYA,3 September- Radio Televisyen Malaysia (RTM) berjaya merangkul anugerah Rancangan Radio Terbaik Dalam Membina Jambatan Budaya di Majlis Anugerah Media Antarabangsa Institut Penyiaran Asia-Pasifik (AIBD).

Ia dianugerahkan kepada program Selamat Pagi Kawan!,terbitan Radio AiFM.

Juruhebah AiFM Koo Shu Leen berkata,teruja dan bangga dengan pengiktirafan anugerah yang diberikan.

"Saya amat teruja dan bangga menerima anugerah AIBD ini.

"...dan bendera ini saya bawa sendiri ke majlis penganugerahan itu. Anugerah ini lebih bermakna lagi di Bulan Kebangsaan dan Bulan Hari Malaysia ini. Anugerah ini untuk AiFM,RTM dan Tanah Airku Malaysia," katanya.

Pengiktirafan itu diterima atas usaha cemerlang program tersebut dalam mengetengahkan serta menggalakkan integrasi dan keterangkuman antara budaya dikalangan masyarakat berbilang kaum.

Anugerah berprestij itu disempurnakan oleh Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil di sini dan turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Suhaimi Sulaiman.

Selain itu,ia dihadiri lebih 400 pengamal media dari dalam dan luar negara.

Majlis itu merupakan sebahagian daripada acara Sidang Kemuncak Media Asia ke-19 bermula 1 September lalu hingga Khamis ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap