Tanah mendap, pemantauan secara berkala perlu dilakukan

2024-08-26    berita.rtm.gov.my HaiPress

Ketua Program Bencana Geologi,Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (UKM),Dr. Lim Choun Sian

KUALA LUMPUR,26 Ogos- Pemantauan secara berkala perlu dilakukan bagi memastikan kejadian tanah mendap dikenal pasti lebih awal.

Menurut pandangan Ketua Program Bencana Geologi,Dr. Lim Choun Sian,kejadian tanah mendap tidak dapat diramal.

Jelasnya,struktur bumi berubah akibat proses Eksogenik dan Endogenik yang berlaku di dalam atau di luar permukaan bumi.

Bagaimanapun katanya,tidak semua tanah mendap berpunca daripada perubahan geologi.

Kebanyakkannya disebabkan aktiviti manusia seperti pengorekan tanah serta utiliti yang berada di bawah tanah.

"Kalau sejak 2004,kita ada tanah mendap ataupun lubang benam di Pudu sebab pengorekan terowong di bawah. Pada 2009,kita ada mendapan ataupun lubang benam juga yang 'non gas' di Jalan DBP."

"Pada 2020 sama juga Taman Duta dan 2021 Sri Hartamas. Kalau kita lihat apa sebabnya,yang 2014 itu sebab pengorekan terowong di bawah dan yang selainnya adalah paip pecah. Jadi,tidak semestinya semua membabitkan salah geologi."

"Mungkin kalau nampak tanda-tanda,ada retakan ataupun kebocoran air,sama ada air itu air semula jadi atau air paip,kita kena laporkan secepat mungkin," kata Dr. Lim ketika ditemu bual dalam program Selamat Pagi Malaysia,hari ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap