Sentimen positif pacu Bursa Malaysia meningkat sesi awal

2024-08-22    berita.rtm.gov.my HaiPress

BURSA MALAYSIA

KUALA LUMPUR,22 Ogos- Bursa Malaysia memulakan dagangan Khamis dengan lebih meningkat,didorong oleh sentimen positif susulan keuntungan semalaman yang diraih Wall Street.

Pada 9.10 pagi,indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.33 mata kepada 1,636.65 daripada 1,635.32 pada akhir dagangan semalam.

Indeks itu dibuka menokok 5.01 mata pada 1,640.33.

Di pasaran meluas,kaunter untung mengatasi rugi iaitu 202 berbanding 184 dengan 238 kaunter kekal tidak berubah,1,873 tidak didagangkan dan lapan digantung dagangannya.

Jumlah dagangan mencecah 340.10 juta unit bernilai RM178.78 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street mencatat peningkatan selepas peniaga yakin penurunan kadar faedah utama Amerika Syarikat (AS) pada bulan depan susulan pengumuman minit mesyuarat Rizab Persekutuan AS (Fed) sebelum ini.

“Dow Jones naik 55 mata manakala Nasdaq meraih 102 mata manakala hasil kertas Perbendaharaan 10 tahun AS berkurangan kepada 3.79 peratus," katanya kepada Bernama.

Di peringkat tempatan,beliau berkata FBM KLCI berkemungkinan mengekalkan aliran susut berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan susulan kenaikan ketara pada Isnin.

“Namun,indeks ditutup melangkaui paras penting 1,630 dan jika paras ini dapat ditembusi,kita mungkin menyaksikan satu lagi fasa konsolidasi.

“Oleh itu,adalah penting bagi aktiviti pembelian ini berterusan bagi mengelak sebarang penurunan. Kami menjangkakan indeks akan berlegar dalam julat 1,630-1,640 pada hari ini," katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank turun 2.0 sen kepada RM10.50,CIMB Group dan Public Bank masing-masing susut 5.0 sen kepada RM7.84 dan RM4.58,Tenaga Nasional berkurangan 2.0 sen kepada RM13.88 dan IHH Healthcare menguncup 1.0 sen kepada RM6.31.

Bagi saham aktif,Eldridge Energy meningkat 6.0 sen kepada 35 sen,YTL Power menambah 26.0 sen kepada RM4.01 dan Velocity Capital meraih setengah sen kepada 6.5 sen manakala Mikro MSC turun 4.5 sen kepada 28.5 sen dan Cape EMS susut setengah sen kepada 42 sen.

Di papan indeks pula,Indeks FBM Emas menokok 11.95 mata kepada 12,420.74,Indeks FBMT 100 meningkat 11.33 mata kepada 12,076.88,Indeks FBM 70 meraih 22.58 mata kepada 18,018.81 manakala Indeks FBM Emas Syariah naik 18.93 mata kepada 12,367.80 dan Indeks FBM ACE susut 20.71 mata kepada 5,315.57.

Mengikut sektor,Indeks Perladangan meningkat 25.29 mata kepada 7,135.00 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 83.30 mata kepada 19,094.66,Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.01 mata kepada 182.23 dan Indeks Tenaga berkurangan 3.00 mata kepada 932.72. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap