PM tiba di New Delhi untuk lawatan rasmi

2024-08-20    berita.rtm.gov.my HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di India untuk lawatan rasmi tiga hari/ Foto PMO

NEW DELHI,20 Ogos- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di India untuk lawatan tiga hari.

Pesawat khas yang membawa beliau mendarat di Air Force Station,Palam,New Delhi pada 9.47 malam tadi waktu tempatan,(12.15 tengah malam waktu Malaysia).

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Menteri Keretapi India,V.Somanna,Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India,Datuk Muzafar Shah Mustafa dan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia,B.N Reddy.

Persembahan tarian tradisi negara India turut diadakan sebagai menyambut ketibaan Perdana Menteri.

Turut mengiringi Perdana Menteri ialahMenteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan,Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz,Menteri Pelancongan,Kebudayaan dan Kesenian Datuk Seri Tiong King Sing,Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim.

Perdana Menteri akan bertemu Presiden India,Droupadi Murmud,diikuti mesyuarat bilateral bersama rakan sejawatnya Narendra Modi pada Selasa.

India merupakan rakan dagang ke-12 terbesar Malaysia.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap