14 tukun tiruan dasar lembut dilabuhkan di Pulau Payar

2024-08-18    berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto RTM

PULAU PAYAR,18 Ogos-14 tukun tiruan dasar lembut telah dilabuhkan di kawasan lima batu nautika dari Pulau Payar dengan kedalaman antara 10 hingga 20 meter.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,Perladangan dan Pengangkutan Kedah,Dzowahir Ab. Ghani berkata aktiviti berkenaan adalah untuk meningkatkan sumber bekalan makanan negara terutama bagi sektor perikanan.

Jelas Dzowahir,pembinaan tukun tiruan dasar lembut tersebut berkenaan akan mewujudkan ekosistem yang berfungsi sebagai kawasan perlindungan,pemuliharaan dan pembiakan ikan serta hidupan marin lain.

Ujarnya,tukun tiruan berkenaan berfungsi sebagai memulih dan melindungi habitat serta memelihara biodiversiti marin yang musnah akibat aktiviti perikanan yang berlebihan atau bencana alam.

“Insya-Allah dengan usaha ini dapat kita menambahkan hasil perikanan di perairan dan pada satu hari nanti kita akan berusaha lagi untuk melabuhkan tukun-tukun ini dari tahun ke tahun dalam usaha kita tingkatkan perikanan dan juga untuk mengekang aktiviti-aktiviti pukat tunda yang banyak memberi kesan yang tidak baik kepada perikanan di perairan negeri Kedah ini",katanya kepada RTM selepas merasmikan Program Melabuh 14 Tukun Konservasi Dasar Lembut Penghalang Pukat Tunda di Pulau Payar.

Tambahnya,nelayan pesisir pantai juga akan mendapat kesan peningkatan hasil tangkapan apabila berlakunya 'Spill Over Effect' daripada sumber perikanan yang terhasil daripada tukun-tukun tersebut.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap