Negara-Negara Nordik tingkat kerjasama perangi kumpulan jenayah Sweden

2024-08-16    berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto REUTERS

STOCKHOLM,16 Ogos-Negara-Negara Nordik merancang untuk mempertingkatkan kerjasama keselamatan dan membina hab di sini (Stockholm) dalam usaha mengekang jenayah kumpulan kongsi gelap Sweden daripada merebak ke Norway,Finland dan Denmark,kata kerajaan Sweden pada Rabu.

Kumpulan kongsi gelap Sweden sememangnya dikenali sebagai kumpulan paling ganas dan kejam di Eropah.

Namun,pada tahun ini,kira-kira 10 warga Sweden iaitu lebih separuh daripada mereka di bawah umur telah didakwa di Denmark atas cubaan membunuh atau memiliki senjata,sekali gus menimbulkan kebimbangan dan kritikan di negara tersebut.

Sebagai tindak balas,Menteri Kehakiman Sweden Gunnar Strommer berkata Sweden dan Denmark akan meletakkan pegawai polis masing-masing di kedua-dua negara.

"Ini adalah untuk memudahkan perkongsian maklumat antara negara kedua-dua negara dalam masa nyata," kata Strommer.

"Kedua-duanya untuk mengenal pasti pada peringkat awal terhadap kanak-kanak dan golongan muda berisiko untuk ditarik ke dalam rangkaian jenayah tersebut dan pencegahannya",kata Strommer.

Selain itu,untuk hab Nordic pegawai polis dari Finland,Norway,dan Denmark akan ditubuhkan di Stockholm. Manakala Denmark akan menyertai dalam masa beberapa minggu.

Polis berkata kumpulan kongsi gelap Sweden dalam beberapa situasi telah membantu remaja bermasalah untuk melakukan pembunuhan sebagai pembunuh upahan sebagai pertukaran untuk pakaian baru,wang tunai dan dadah.-REUTERS

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap