Berlin kutuk tindakan Menteri Israel lawat Baitul Maqdis

2024-08-15    berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto REUTERS

BERLIN,15 Ogos-Jerman pada Rabu mengutuk lawatan dua menteri Israel ke atas Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis yang dikenali oleh orang Yahudi sebagai sebagai Temple Mount,dan berkata ia menjangkakan kerajaan Israel wajar menghentikanprovokasi yang dilihat disengajakan.

"Kami menolak langkah unilateral yang menjejaskan status quo sejarah tapak suci di Baitulmaqdis",kata kementerian luar Jerman menerusi laman media sosial X.

Terdahulu Amerika Syarikat,Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),Kesatuan Eropah (EU),dan beberapa negara serantau terutama Arab mengutuk sekeras-kerasnya lawatan ke atas pekarangan Masjid Al-Aqsa oleh Menteri Keselamatan Negara Israel Itamar Ben-Gvir pada Selasa (13 Ogos) yang disertai 2,000 warga negara haram Israel; dengan mengatakan tindakan itu adalah ‘pencerobohan secara terang-terangan terhadap tapak suci itu.

Al-Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci buat umat Islam; namun kawasan tersebut juga dianggap adalah tempat paling suci bagi penganut Yahudi.

Terletak di di Baitulmaqdis Timur yang diduduki,kawasan berkenaan ditawan oleh Israel daripada Jordan dalam perang Timur Tengah pada tahun 1967.

Berdasarkan status quo,Jordan dibenarkan meneruskan peranan sejarahnya sebagai penjaga kawasan tersebut,manakala Israel mengambil alih kawalan keselamatan dan akses.

Walau bagaimanapun penduduk Palestin menuduh Israel mengambil langkah-langkah untuk melemahkan pengaturan ini dan mengadu bahawa dalam beberapa tahun kebelakangan ini,pengunjung Yahudi sering dilihat bersembahyang tanpa dihentikan oleh polis Israel.-REUTERS

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap