10 cedera, empat melecur dalam kebakaran sebuah kilang

2024-08-15    berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto hiasan

BINTULU,14 Ogos- 10 cedera manakala empat daripada mereka melecur dalam kebakaran di sebuah kilang di Taman Perindustrian Samalaju,di sini petang tadi.

Komander Operasi,Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu,Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata,kebakaran melibatkan Tangki Bottom Reactor.

"Mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Bintulu untuk rawatan.

"Terdahulu pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pukul 6.24 petang," kata Wan Kamarudin.

Bagaimanapun sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Samalaju digerakkan ke lokasi kejadian namun kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan oleh Pasukan Keselamatan Kebakaran kilang tersebut.

Rumah di Lorong 7 Bintawa Village terbakar sepenuhnya
Sementara itu di Kuching sebuah rumah di Lorong 7 Bintawa Village terbakar sepenuhnya dalam kejadian pada pukul 9.51 malam tadi.Menurut Laporan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak,dua jentera bersama-sama anggota dari Balai Petra Jaya dan Tabuan Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian.Bagaimanapun kebakaran tidak melibatkan kecederaan kepada penghuni rumah tersebut.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap