Pasaran getah ditutup rendah

2024-08-10    berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Fail

KUALA LUMPUR,9 Ogos- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Jumaat dalam persekitaran pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah meningkat,kata peniaga.

Beliau berkata kenaikan harga minyak,didorong oleh gabungan aktiviti belian saham pada harga rendah,sentimen yang bertambah baik terhadap ekonomi Amerika Syarikat dan ketegangan geopolitik yang berterusan.

Pada masa ini,harga minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras global meningkat sebanyak 0.04 peratus kepada US$79.19 setong,katanya kepada Bernama hari ini.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) turun setengah sen kepada 775 sen sekilogram manakala lateks pukal naik setengah sen kepada 631.5 sen sekilogram.

Pada pukul 5.00 petang,harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal berada pada 778.5 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 630.5 sen sekilogram.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap