Pulau Tuba dipilih Kampung Angkat MADANI

2024-08-08    berita.rtm.gov.my HaiPress

Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar),Kementerian Kewangan,Datuk Zamzuri Abdul Azizi

LANGKAWI,7 Ogos- Pulau Tuba dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI Kementerian Kewangan bagi daerah Langkawi.

Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar),Datuk Zamzuri Abdul Azizi berkata pemilihannya dibuat hasil kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Pemilihan Pulau Tuba kerana mempunyai tarikan pelancongan tersendiri dengan keunikan flora serta faunanya.

"Tapi dari segi kedudukan sosial ekonomi masih agak ketinggalan. Antara perkara-perkara yang kita akan buat adalah untuk mengindahkan landskap di pulau ini,menaik taraf projek-projek kecil seperti jeti,jalan dan tandas awam,masjid dan melengkapkan informasi-informasi menggunakan papan tanda untuk memudahkan bila ada ejen bawa pelancong dan meningkatkan reach produk-produk pelancongan yang ada",katanya kepada mediaselepas Program Gotong-Royong Mega Kampung Angkat MADANI di Pulau Tuba.

Selain peruntukan fizikal,turut akan diberikan ialah bimbingan kepada usahawan kecil untuk menambahkan pendapatan mereka.

Turut hadir,Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi,Datuk Haslina Abdul Hamid.

Kira-kira 800 orang menyertai gotong-royong yang melibatkan penduduk setempat dan juga 17 agensi kerajaan persekutuan dan negeri di daerah Langkawi.

Selain itu,Program Gotong-royong Mega,ini merupakan program pra-pelancaran Kampung Angkat MADANI peringkat Langkawi.

Turut dilaksanakan penyerahan peralatan gotong royong kepada empat Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) dan tiga badan bukan kerajaan (NGO) di pulau ini.

Terdapat tiga Kampung Angkat MADANI di Kedah iaitu Kampung Jilid 8 di Sungai Petani,Kampung Padang Satu di Kubang Pasu dan juga Pulau Tuba di Langkawi.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap