Lebih 50 sistem GIS telah dibangunkan sejak 36 tahun lalu

2024-07-31    berita.rtm.gov.my HaiPress

Timbalan Menteri Sains,Tekonologi dan Inovasi,Datuk Mohammad Yusof Apdal

KUALA LUMPUR,31 Julai - Lebih daripada 50 sistem aplikasiGIS iaitusistem maklumat geografi berasaskan web telah dibangunkan setakat ini sejak tahun 1988 berteraskan teknologi angkasa khususnya teknologi penderiaan jauh (remote sensing) yang menyumbang kepada peningkatan pendaratan ikan negara.

Ia menerusi penyelidikan dan pembangunan teknologi,aplikasi dan sains angkasa yang diterajui Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

Timbalan Menteri Sains,Tekonologidan Inovasi,Datuk Mohammad Yusof Apdal memberitahu pelbagai sistem aplikasi itu telah diguna pakai lebih 100 agensi pengguna kerajaan bagi mempertingkat keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan yang dilaksanakan melalui kerjasama strategik dengan pelbagai agensi kerajaan di peringkat persekutuan,negeri dan pihak berkuasa tempatan.

"Ini adalah bagi memastikan sistem yang dibangunkan memenuhi secara tepat keperluan agensi yang berkaitan. Sistem-sistem yang dibangunkan secara dalaman ini mengoptimumkan penggunaan imej-imej 'satelit remote sensing' yang diterima secara terus di Kompleks Operasi Angkasa (SOC) MYSA di Temerloh,Pahang.

"MOSTI melalui MYSA juga mengambil inisiatif menjalankan analisis keberkesanan penggunaan dan impak sistem aplikasi bersama-sama dengan agensi pengguna. Sebagai contoh,penilaian hasil keberkesanan hasil pembangunan dan keupayaan pengoperasian Sistem Penentuan Kawasan Berpotensi bagi Penangkapan Ikan (FSI) untuk komuniti nelayan telah dibuktikan melalui kajian penilaian


hasil yang telah dijalankan oleh MYSA bersama Jabatan Perikanan Malaysia (DOF),Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT)," kata Yusof Apdal.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mengenaiSistem Penentuan Kawasan Berpotensi bagi Penangkapan Ikan (FSI),di Dewan Negara.

Dalam pada itu Yusof Apdal berkata,Sistem Penentuan Kawasan Berpotensi bagi Penangkapan Ikan (FSI) untuk komuniti nelayandikenal pasti antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan pendaratan ikan negara.

Ini berdasarkan analisis maklumat pendaratan ikan yang direkodkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dari tahun 2011 hingga 2013.

Sehingga kini,Sistem FSI ini telah memberi manfaat kepada 30,000 nelayan seluruh negara.

"Pada tahun 2012,jumlah pendaratan ikan di Malaysia adalah sebanyak 265,899 tan metrik,meningkat sebanyak 15 peratus berbanding jumlah pendaratan pada tahun 2011 iaitu sebanyak 231,129 tan metrik.

"Pada tahun 2013,jumlah pendaratan ikan meningkat lagi kepada 287,445 tan metrik menjadikan jumlah peningkatan keseluruhan sebanyak 56,314 tan metrik atau 24 peratus berbanding tahun 2011. Dalam memastikan keberkesanan aplikasi Sistem FSI kekal pada tahap optimum kepada pengguna,DOF sentiasa menjalankan kerja verifikasi di lapangan bersama-sama nelayan sejak tahun 2019 sehingga sekarang," katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap