Kerajaan akan bina institusi TVET di Gua Musang

2024-07-31    berita.rtm.gov.my HaiPress

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

GUA MUSANG,30 Julai - Kerajaan akan membina institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Gua Musang.

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata ia bertujuan memberi latihan dan menawarkan peluang pekerjaan khususnya di kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) di daerah itu.

"Umpamanya di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) terdapat 252 institusi TVET terutamanya di bawah MARA. Daripada 100 orang yang sertai TVET,sebanyak 98.7 peratus mendapat peluang pekerjaan terus dan segera," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika merasmikan majlis pelancaran Pelan Pembangunan,Pusat Pertumbuhan Desa,Sungai Asap,KESEDAR,di sini.

Dalam pada itu,Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut memaklumkanKESEDAR yang berada di bawah kementeriannya akan membayar gratuiti lebih RM2 juta kepada 241 bekas peserta Projek Agropolitan Kelantan Selatan,di sini.

Beliau berkata,setiap peserta akan menerima jumlah terkumpul bagi tahun 2022 iaitu sebanyak RM8,400 dan pembayaran akan dilaksanakan melalui agensi KESEDARsebelum 3 Ogos.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap