Perlis, Nambia bincang kerjasama dua hala

2024-07-27    berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Istana Arau

NAMIBIA,27 Julai-Pelbagai perkara berkaitan hubungan dua hala Perlis dan Namibia diperbincangkan,termasuklah hasrat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk memainkan peranannya secara aktif melalui kerjasama dengan pelbagai agensi dan institusi berkaitannya di Namibia.

Pemangku Raja Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah,MAIPs telah mensasarkan halatuju perkongsian bersama dalam pelbagai bidang pengurusan hal ehwal Islam seperti pengurusan halal,pendidikan termasuk aktiviti kebajikan dan kemanusiaan.

"Tiada pihak yang rugi sekiranya berkongsi ilmu dan pengalaman,sebaiknya ia akan mempertingkatkan lagi tahap kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan golongan sasar," titah baginda ketikap mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Republik Namibia,Netumbo Nandi-Ndaithwah.

Sementara itu,Presiden Namibia,Netumbo Nandi-Ndaithwah dalam ucapan aluannya menjelaskan bahawa pihaknya kini memberikan fokus dalam bidang pendidikan,pelancongan,hospitaliti,pengurusan sumber minyak dan tenaga serta menawarkan perkongsian pengalaman serta pelaburan Malaysia dalam pengurusan penerbangan komersil tempatan.

Bersempena Program Safar Ilmi MAIPs ini,Tuanku Syed Faizuddin Putra,turut berkenan menawarkan peluang pengajian kepada 15 orang pelajar Muslim daripada Namibia bagi melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) selain berharap agar dapat melaksanakan pengkongsian berkaitan pengurusan halal kepada pihak Namibia.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap