Pesta Buku Perlis dan Karnival Pembaca sasar 30,000 pengunjung

2024-07-25    berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto RTM

KANGAR,25 Julai-Lebih 30,000 pengunjung disasarkan mengunjungi Pesta Buku Perlis dan Karnival Pembaca 2024 yang dianjurkan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis (PPANPs) yang bermula 24 sehingga 28 Julai ini.

Menurut Pengarah PPANPs,Abd Rahim Husin,Pesta Buku Perlis dan Karnival Pembaca kali ini melibatkan 28 pempamer dari pelbagai syarikal pembekal buku yang menjadi tumpuan pengunjung bagi mendapatkan bahan bacaan.

Selain itu,lebih 100 aktiviti menarik turut berlangsung termasuklah lawatan perpustakaan,pelbagai pertandingan menguji minda,mini zoo,forum,bicara buku. pameran agensi kerajaan dan turut diserikan dengan pelbagai hadiah cabutan bertuah serta jualan makanan dan minuman serta pelbagai produk lain.

Kehadiran pengunjung khususnya dikalangan pelajar sekolah bersama guru-guru serta ahli keluarga membuktikan masyarakat memanfaatkan program galakan membaca yang dilaksanakan perpustakaan selaras dengan slogan Sejenak Ke Perpustakaan,Selautan Ilmu Pengetahuan.

Beliau menyatakannya kepada media pada Pesta Buku Perlis dan Karnival Pembaca 2024 di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap