Mayat lelaki ditemukan terapung di perairan Tanjung Tuan

2024-07-12    berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto: APMM

PORT DICKSON,12 Julai- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan mengesahkan penemuan satu mayat terapung di sekitar perairan Tanjung Tuan dekat sini petang semalam.

Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan,Kepten Maritim Mohd Khairi Abd Aziz memaklumkan pusat operasi menerima maklumat berkaitan penemuan itu daripada pemancing di kawasan perairan berkenaan.

"Susulan itu,bot PERKASA 37 yang sedang dalam operasi diarahkan ke lokasi dan menemui mayat seorang lelaki hanya berseluar panjang di kedudukan 2.2 batu nautika barat daya Tanjung Tuan.

"Mayat tanpa identiti itu dibawa ke Jeti Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Khairi berkata orang ramai mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-3876730.

Sebarang maklumat berkaitan jenayah mahupun kecemasan di laut boleh terus menghubungi pusat operasi maritim atau kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap