Angin kuat: Tiga rumah, sebuah surau rosak di Kangar

2024-06-21    berita.rtm.gov.my HaiPress

Salah sebuah rumah yang terjejas akibat hujan lebat dan angin kencang di Kampung Guar Syed Alwi,Perlis,pagi tadi

KANGAR,21 Jun- Sebanyak tiga buah rumah dan sebuah surau rosak termasuk bumbung diterbangkan susulan kejadian angin kencang dan hujan lebat yang melanda Perlis,pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi itu menjejaskan Kampung Guar Syed Alwi di sini.

ADUN Indera Kayangan,Gan Ay Ling berkata,pihaknya bersama pegawai Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah turun ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat menerusi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).

MAIPs dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kini sedang menyelaras dan mengemas kini anggaran sebenar kerosakan setiap rumah terlibat berdasarkan laporan dan tinjauan di lokasi.

Ay Ling berkata,penduduk terjejas diminta segera membuat laporan polis dan mengemukakan laporan berkenaan serta gambar kejadian kepada JKM untuk penyaluran bantuan.

Bagi kerosakan kecil,bantuan membaiki kediaman akan diuruskan oleh JKM,manakala kerosakan besar di bawah tanggungjawab MAIPs.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap