MBPP minta orang ramai waspada kehadiran sami palsu

2024-06-21    berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO Majlis Bandaraya Pulau Pinang MBPP

GEORGE TOWN,20 Jun-Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan tidak terperdaya dengan kehadiran sami palsu di beberapa kawasan terutama pasar serta kompleks makanan.

Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam MBPP Tan Soo Siang berkata MBPP mendapati kegiatan tidak sihat itu didalangi sindiket sami palsu yang bertindak meminta sedekah daripada orang ramai di lokasi-lokasi berkenaan.

"MBPP mendapati sami-sami palsu itu kerap berada di 12 kawasan iaitu Tapak Penjaja Lebuh Cecil,Pasar Jelutong,Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang,Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru,Pasar Ayer Itam serta Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak.

"Selain itu sami-sami palsu turtut dikesan berada berada di Komples Medan Angsana,Pasar Jalan Chowrasta,Pasar Pulau Tikus,Kompleks Lebuh Pitt,Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru," katanya.

Sehubungan itu,MBPP mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya operasi bersepadu bersama agensi pihak berkuasa seperti polis dan imigresen.

Selain itu,jelas Tan,pihaknya juga mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal MBPP serta agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia,polis,Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico),Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia dalam membanteras kehadiran sami-sami palsu di lokasi terbabit.

Beliau berkata tindakan segera turut diambil dengan meminta sami-sami itu meninggalkan lokasi terbabit dengan serta-merta.

Katanya lagi,MBPP juga ada mengedarkan pelekat peringatan kepada peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat serta kesedaran kepada orang awam

"Orang ramai terutamanya pelanggan di pasar atau kompleks makanan diingatkan lebih peka dan tidak terperdaya dengan kehadiran sami palsu ini untuk meminta sedekah. Sekiranya ingin menghulurkan bantuan,mereka digalakkan supaya memberi makanan dan bukan wang kepada sami-sami palsu tersebut," katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap