Bantuan kemanusiaan, bina semula Gaza bergantung kepada gencatan senjata penuh

2025-12-11    HaiPress

Foto REUTERS

KUALA LUMPUR,11 Disember - Malaysia terus komited membantu pembangunan semula Gaza,Palestin dengan menyediakan bantuan kemanusiaan dan sokongan kewangan,namun bergantung kepada pelaksanaan penuh gencatan senjata.

Timbalan Menteri Luar,Datuk Mohamad Alamin berkata,Malaysia telah bekerjasama dengan negara-negara seperti Jepun dan badan antarabangsa untuk merangka pelan membina semula Gaza,dengan peruntukan khas berjumlah RM100 juta yang akan disalurkan bagi tujuan tersebut.

"Usaha membangunkan semula Gaza tidak dapat dilaksanakan selagi gencatan senjata penuh belum dipersetujui dan dilaksanakan sepenuhnya. Sebab itu dalam konteks ini,kita mengalu-alukan pelan damai Gaza yang dipelopori Amerika Syarikat pada mesyuarat di Sharm el-Sheikh,Mesir.

"Walaupun kita bimbang kerana pelan itu sepatutnya lebih komprehensif dan tidak mengabaikan hak rakyat Palestin termasuk hak menentukan nasib sendiri,namun fokus utama kita ialah memastikan gencatan senjata dapat dicapai sepenuhnya," katanya.

Menurut beliau,Kementerian Luar baru-baru ini turut mengadakan satu mesyuarat khas bersama sembilan NGO di bawah misi kemanusiaan Op Ihsan bagi membincangkan cara menyalurkan lebih banyak bantuan ke Gaza.

"Op Ihsan ialah misi yang diselia sepenuhnya oleh Kementerian Luar. Kita sudah berbincang mengenai kaedah menambah jumlah bantuan,namun buat masa ini kekangan utama adalah pintu masuk yang masih tidak jelas," tegas beliau ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr. Mohd Hatta Md. Ramli mengenai kesediaan Malaysia menghantar pasukan pengaman serta peruntukan khas bagi pembangunan semula Gaza dalam masa terdekat di Dewan Negara.

Pada masa sama,Datuk Mohamad Alamin berkata Malaysia turut terlibat dalam perbincangan mengenai pelan damai Gaza yang dipimpin Amerika Syarikat di Mesir,sambil menekankan bahawa pelan tersebut perlu diperluaskan agar lebih menyeluruh dan mengutamakan gencatan senjata penuh demi keselamatan serta kestabilan Gaza.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap