Peluasan pengecualian duti setem rumah kedua, komersial tarik minat pembeli

2025-09-11    HaiPress

Salymiss Laimin

KUALA LUMPUR,9 September - Pengecualian duti setem bagi pembelian rumah kedua dilihat mampu membantu menangani isu lambakan rumah tidak terjual di Malaysia.

Perunding Hartanah Maxxan Realty,Salymiss Laimin berkata,langkah itu juga wajar diperluaskan kepada projek perumahan berstatus komersial termasuk hartanah kediaman yang digabungkan dengan kemudahan komersial seperti pusat beli-belah,taman tema,serta pusat hiburan.

"Sekiranya pengecualian duti setem turut diberikan untuk pembelian rumah komersial serta pembelian rumah kedua,ia dijangka mampu menarik lebih ramai pembeli sekali gus membantu mengurangkan jumlah rumah tidak terjual," katanya ketika dihubungi RTM.

Pihak pemaju juga boleh mengambil pendekatan lebih agresif dalam strategi pemasaran,terutamanya dalam bekerjasama dengan perunding hartanah berpengalaman bagi memasarkan unit yang belum terjual.

Pemaju turut disaran menawarkan pakej nilai tambah lebih menarik yang mampu meningkatkan minat pembeli serta membolehkan unit-unit tersebut dijual secara berperingkat.

Terdahulu,menerusi Belanjawan 2021,kerajaan telah memberikan pengecualian penuh duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman pertama bernilai sehingga RM500,000.

Langkah itu diperkenalkan bagi menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Malaysia,khususnya golongan muda dan pembeli rumah pertama.

Pengecualian tersebut terpakai bagi perjanjian jual beli yang dimeterai mulai 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2025.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap