Pegawai imigresen cedera ketika tahan warga asing cuba larikan diri

2025-05-06    HaiPress

Foto Bernama

KUALA LUMPUR,6 Mei - Dua pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) cedera ketika cuba menahan warga asing wanita dalam operasi agensi itu di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen Jafri Embok Taha berkata kedua-dua pegawai berkenaan cedera ringan di bahagian tangan dan lutut,selepas terjatuh ketika mengejar wanita berkenaan yang enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam operasi itu.

Beliau berkata wanita itu,antara 25 wanita daripada 64 warga asing 18 hingga 60 tahun dari Indonesia,Myanmar,Pakistan,Bangladesh dan Nepal yang ditahan,dalam dua serbuan berasingan di sekitar premis medan selera di Jalan Klang Lama dan premis rumah urut di Bukit Bintang di sini.

“Kesemua yang ditahan ini disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen seperti tiada dokumen perjalanan,tinggal lebih masa serta salah guna pas. Mereka akan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di lokasi serbuan malam tadi.

Beliau juga mengingatkan semua majikan untuk mematuhi undang-undang dan memastikan pekerja warga asing mereka,mempunyai dokumen yang sah untuk bekerja di negara ini.

“Kita akan mengambil tindakan tegas dari semasa ke semasa,dan fokus kita kepada pihak majikan terutamanya rakyat Malaysia yang melindungi dan menggajikan warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah,” katanya.

Beliau berkata serbuan malam tadi sertai 55 pegawai JIMWPKL hasil daripada risikan selama dua minggu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap